1. Voice
stick
Voice stick telah dicipta oleh Sungwoo
Park. Voice stick mempunyai bentuk yang kecil dan ringan menjadikannya mudah
untuk dibawa ke mana-mana. Fungsi Voice Stick ialah “membaca” teks dengan kuat.
Teknologi OCR akan mengimbas perkataan kepada teks. Kemudian, perisian untuk
menterjemahkan teks kepada suara digunakan untuk membolehkan golongan
bermasalah penglihatan membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya.
2. Kamera Braille Polaroid
2. Kamera Braille Polaroid
Kamera Braille Polaroid dicipta oleh Son
Seunghee, Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoon. Alat ini berfungsi memberi gambaran
tentang sesuatu objek bagi membolehkan golongan bermasalah penglihatan
terutamanya yang buta untuk merakamkan kenangan mereka. Gambar yang dihasilkan
adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan golongan bermasalah penglihatan
untuk merasai tekstur gambar tersebut.
3. Tongkat Mygo
Tongkat Putih Beroda yang dipanggil Mygo
dicipta oleh seorang pelajar reka bentuk di Jerman iaitu Sebastian Ritzler.
Mygo menggunakan “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya
dan memberi maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang berada di
bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna
berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui genggaman. Ketinggian tongkat
Mygo boleh diubahsuai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air. Mygo
menggunakan bateri lithium-ion yang bertahan selama 6 jam.
Alat-alat
teknologi keluaran Apple aseperti ipad dan iphone telah menggunakan beberapa perisian
untuk memudahkan golongan kurang upaya untuk menggunakan alat ini. Apple telah
menitikberatkan keperluan golongan berkeperluan khas terutamanya golongan
masalah penglihatan dengan mengeluarkan teknologi-teknologi yang bersesuaian
dengan golongan tersebut. Antara kebolehan ipad ialah kebolehan menambah saiz
teks, pilihan untuk menukar warna latar belakang dan perisian suara untuk
membacakan perkataan yang terpapar di skrin alat. Alat keluaran Apple boleh
didapati di pasaran Malaysia mengikut harga semasa.
Merupakan
sebuah alat komunikasi dua hala yang direka khas untuk membantu golongan
bermasalah pendengaran dan golongan yang boleh mendengar berkomunikasi antara
satu sama lain. Alat ini juga merupakan alat mudah alih yang bersaiz kecil dan
elegan yang mampu mengesan pergerakan tangan dan menterjemahkan bahasa isyarat
kepada audio supaya golongan masalah pendengaran boleh berkomunikasi dengan
golongan tipikal. Selain itu, alat ini juga boleh menukarkan perkataan yang
diucapkan kepada teks supaya golongan masalah pendengaran boleh membaca perkara
yang dituturkan.
6. Tactile
Bracelet Gives Stylish Alerts for Deaf Fashionistas (Aria)
Aria merupakan
teknologi yang memudahkan golongan yang mengalami masalah pendengaran. Ia
berbentuk aksesori fesyen dan peranti yang mudah bagi golongan yang mengalami
masalah pendengaran. Aria berkebolehan memperkenalkan enam bunyi yang berbeza
yang terdapat di dalam dan sekitar rumah seperti bunyi loceng pintu, penggera
asap, telefon, monitor bayi, jam penggera dan siren kenderaan kecemasan.
Apabila peranti deria salah satu bunyi itu aktif, ia mengaktifkan getah kecil
pada pergelangan pemakai. Oleh itu, pemakai alat ini akan menyedari bunyi yang
dibunyikan oleh alat ini dan mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling.
Salah satu daripada bentuk yang berbeza akan dinyalakan untuk memberi arahan
kepada pemakai.
7. Braille
Sense PLUS
Braille Sense
PLUS ilah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah penglihatan iaitu dengan menggunakan
papan kekunci Braille. Terdapat pelbagai fungsi Braille Sense PLUS antaranya
ialah “word processor”, “web browser”, “schedule manager”, dan “media player”.
Selain itu, alat ini mempunyai perisian internet yang membolehkan penggunanya
menghantar emel dan boleh dihubungkan kepada komputer dengan menggunakan USB,
Bluetooth dan memori CF. Disamping itu, alat ini juga menyediakan kemudahan
audio seperti MP3, MP4, WAV yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti
“BassBoost”, kesan 3D, dan gema. Ia juga membolehkan pengguna untuk merakam
suara. Alat ini direka khas buat golongan bermasalah penglihatan yang
menggunakan medium Braille kerana alat ini boleh menterjemah tulisan Braille
kepada tulisan biasa.
8. CPS Student Response System (Clickers)
Alat CPS
direka khas untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pendengaran menjalani
pembelajaran dengan selesa dan berkeyakinan. Alat ini biasa digunakan oleh
pelajar pendidikan khas yang mengalami masalah pendengaran di dalam kelas di
sekolah. Hal ini kerana, alat ini membantu pelajar untuk bertindak balas kepada
soalan-soalan bukan lisan dan membantu mereka untuk lebih selesa dan
berkeyakinan ketika pembelajaran serta sebagai pemudah cara di dalam kelas.
Untuk memastikan keselesaan kepada pelajar bermasalah pendengaran dalam memberi
tindak balas terhadap soalan-soalan kuiz yang dijalan di dalam kelas, mereka
diberi peluang untuk bertindak balas menggunakan Clickers. Dengan menggunakan Clickers, pelajar mempunyai tiga baris
untuk menjawab soalan dalam kelas.
9. Implan Koklea (CI)
Implan koklea
(IC) adalah alat elektronik yang dimasukkan ke dalam deria telinga melalui
pembedahan bagi memberi deria bunyi kepada seseorang yang mengalami masalah
pendengaran teruk. Implan koklea sering digelar bionik telinga. Implan koklea
membolehkan pendengaran yang mencukupi untuk memahami suara dengan lebih baik.
Kualiti bunyi adalah berbeza berbanding dengan suara semula jadi kerana kurang
maklumat bunyi yang diterima dan diproses oleh otak. Walau bagaimanapun, ramai
pengguna boleh mendengar dan memahami pertuturan dan bunyi alam sekitar.
10. Mesin Pemindahan Pesakit
Mesin Pemindahan Pesakit ini diperkenalkan oleh Profesor
Saitoh dari negara Jepun. Mesin ini menunjukkan bagaimana katil terlantar boleh
diambil dari wad ke bilik air, ia mengurangkan beban fizikal ke atas jururawat
untuk menggerakkan pesakit. Menurut Profesor Saitoh, mesin ini akan membantu
pesakit pulih lebih cepat daripada penyakit yang menghalang pergerakan, seperti
strok.










terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteperkongsian yang menarik dan berguna kepada golongan berkeperluan khas
ReplyDelete