Perisian Kursus yang Dibekalkan
Adalah Terhad
Perisian kursus yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah terhad dan tiada kepelbagaian aras
kebolehan pelajar. Hal ini adalah berikutan perisian yang dibekalkan adalah
untuk aras kefahaman sahaja dan tiada penambahbaikan untuk kegunaan pelajar. Menurut
Harison Bakar (2008), penggunaan ‘chalk & talk’ dianggap lebih berkesan
oleh sesetengah guru kerana kandungan CD yang dibekalkan oleh KPM adalah amat
ringkas. Dalam kajian yang dijalankan, antara pendapat guru ialah pengajaran
secara ‘chalk & talk’ lebih memuaskan hati kerana berlakunya perhubungan
secara dua hala, kandungan perisian tidak mengikut format peperiksaan, serta
perisian kursus hanya sesuai untuk pelajar yang lemah semata-mata.
Kesuntukan Masa
Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh
guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri, dan
kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong pelaksanaannya dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, (IAB, 2008). Contohnya, masa bagi satu
matapelajaran seperti Matematik adalah hanya 40 minit, ia terhad dan singkat
jika guru ingin mengguna pakai ICT untuk mengajar. Ia memerlukan persediaan
yang memakan masa paling kurang 5 minit sebelum dan selepas pengajaran.
Jurang Digital
Jurang digital bermaksud terdapatnya
jurang antara satu komuniti dengan komuniti yang lain dalam akses kepada ICT,
pencapaian maklumat melalui ICT, serta memahami dan menggunakan maklumat
melalui ICT, serta memahami dan menggunakan maklumat daripada ICT. Terdapat
empat faktor berlakunya jurang digital, iaitu yang pertama adalah factor ekonomi.
Pihak sekolah kurang berkemampuan untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT
yang bermutu. Kedua, faktor geografi yang mana pihak sekolah tidak mempunyai
aliran internet dan bekalan elektrik yang membolehkan mereka menggunakan
kemudahan ini.
Kemahiran Mengendalikan Komputer
Tidak ramai dalam kalangan sekolah
yang mengetahui cara mengakses maklumat menggunakan dengan cara dan kaedah yang
betul.
No comments:
Post a Comment