Friday, 12 May 2017

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

“Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa.” (Culcutta, R.A., Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education,1999)
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan perkembangan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon, 1992)

Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”. (Mansor, 2005) 

No comments:

Post a Comment

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

“Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya...