Menyediakan Peruntukan bagi
Penyediaan Teknologi Terkini di Sekolah
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) hendaklah menyediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi computer
terkini di semua sekolah, termasuklah yang di pedalaman dan di luar Bandar agar
tiada pelajar yang tercicir daripada mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Hal ini
adalah berikutan penggunaan ICT sebagai alat serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. Pihak KPM boleh mengambil peluang ini
untuk mengesyorkan kepada pihak sekolah dan guru untuk mengambil kesempatan
daripada keupayaan ini untuk menjalankan kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar,
menerima, dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia
seperti teks, grafik, audio, video, serta animasi.
Dalam melihat perkembangan positif
yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita juga perlu melihat sama
ada tenaga pendidik kini telah bersedia dalam mengaplikasikan sepenuhnya
penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Rosseni (2002) ke
atas 40 orang guru. Kajian beliau mendapati bahawa masih terdapat lagi dalam
kalangan tenaga pendidikan yang masih tidak tahu menggunakan cakera padat
interaktif (salah satu bahan bantu mengajar dalam pembelajaran berasaskan
komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan pendidik
hanya menggunakan buku teks sebagai asas utama dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Pastikan Para Pendidik Mempunyai
Kemahiran Dalam Bidang Teknologi.
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) telah memberikan impak yang positif dan baik kepada
pelbagai bidang perindusrian termsuklah juga dunia pendidikan. KPM yang
menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) seperti komputer riba,
projector, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran
dan lain-lain. Oleh yang demikian, adalah satu keperluan bagi para pendidik
untuk mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik seperti ini
agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan serta dapat menarik
perhatian pelajar untuk belajar secara digital sekali gus dapat membantu para
pelajar untuk mempunyai kebolehan menggunakan gajet-gajet ini.
No comments:
Post a Comment