Fakta menyatakan bahawa
pelajar yang mengalami masalah pembelajaran biasanya mempunyai kemahiran
teknologi yang lebih baik daripada guru-guru mereka. Bagi pelajar yang kurang
upaya fizikal, teknologi boleh memberi akses dengan memberi peluang kepada
mereka dalam pembelajaran seperti E-pembaca dapat membantu pelajar menyelak
halaman buku tanpa minta bantuan orang lain dan dapat menyuarakan perisian
penyesuaian boleh membantu pelajar menjawab soalan-soalan tanpa perlu menulis.
Lebih sedekad yang lalu,
perubahan positif telah berlaku bahawa guru-guru dan pelajar melihat sendiri
dan penyelidikan menyokong teknologi memberi manfaat kepada bilik darjah
pendidikan khas dalam pelbagai cara untuk pelajar yang mempunyai pelbagai
cabaran. Terdapat banyak jenis teknologi yang digunakan dalam bilik darjah
pendidikan khas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan menarik. Kepelbagaian dan penggunaan ICT selain menarik minat
pelajar aliran pendidikan khas ini, kegunaan ICT ini turut penting dalam
mendedahkan pelajar pendidikan kepada teknologi, ini bertujuan agar dapat
mengelakkan pelajar pendidikan khas ini daripada terasing atau ketinggalan
kepada penggunaan ICT. Pendedahan kepada ICT ini secara tidak langsung mampu
memupuk atau membentuk minda pelajar pendidikan khas ini kepada benda yang
baharu dipelajari. Selain itu, ia juga dapat membantu meringankan beban pelajar
berkeperluan khas ini. Hal ini dapat dilihat melalui rekaan atau alatan canggih
yang disediakan kepada golongan berkeperluan khas bagi membantu mereka dalam
memudahkan aktiviti harian sama ada di dalam mahupun luar rumah.
No comments:
Post a Comment