Friday, 12 May 2017

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

“Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa.” (Culcutta, R.A., Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education,1999)
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan perkembangan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon, 1992)

Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”. (Mansor, 2005) 

Thursday, 4 May 2017

CADANGAN UNTUK MELAKSANAKAN DASAR ICT DI SEKOLAH

Menyediakan Peruntukan bagi Penyediaan Teknologi  Terkini di Sekolah

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hendaklah menyediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi computer terkini di semua sekolah, termasuklah yang di pedalaman dan di luar Bandar agar tiada pelajar yang tercicir daripada mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Hal ini adalah berikutan penggunaan ICT sebagai alat serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Pihak KPM boleh mengambil peluang ini untuk mengesyorkan kepada pihak sekolah dan guru untuk mengambil kesempatan daripada keupayaan ini untuk menjalankan kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, serta animasi.

Mengutamakan Teknologi Instruktional Berbanding Pedagogi.

Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia dalam mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Rosseni (2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliau mendapati bahawa masih terdapat lagi dalam kalangan tenaga pendidikan yang masih tidak tahu menggunakan cakera padat interaktif (salah satu bahan bantu mengajar dalam pembelajaran berasaskan komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan pendidik hanya menggunakan buku teks sebagai asas utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pastikan Para Pendidik Mempunyai Kemahiran Dalam Bidang Teknologi.


Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan impak yang positif dan baik kepada pelbagai bidang perindusrian termsuklah juga dunia pendidikan. KPM yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) seperti komputer riba, projector, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan lain-lain. Oleh yang demikian, adalah satu keperluan bagi para pendidik untuk mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik seperti ini agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan serta dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar secara digital sekali gus dapat membantu para pelajar untuk mempunyai kebolehan menggunakan gajet-gajet ini.

ISU BERKAITAN BIDANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

Perisian Kursus yang Dibekalkan Adalah Terhad

Perisian kursus yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah terhad dan tiada kepelbagaian aras kebolehan pelajar. Hal ini adalah berikutan perisian yang dibekalkan adalah untuk aras kefahaman sahaja dan tiada penambahbaikan untuk kegunaan pelajar. Menurut Harison Bakar (2008), penggunaan ‘chalk & talk’ dianggap lebih berkesan oleh sesetengah guru kerana kandungan CD yang dibekalkan oleh KPM adalah amat ringkas. Dalam kajian yang dijalankan, antara pendapat guru ialah pengajaran secara ‘chalk & talk’ lebih memuaskan hati kerana berlakunya perhubungan secara dua hala, kandungan perisian tidak mengikut format peperiksaan, serta perisian kursus hanya sesuai untuk pelajar yang lemah semata-mata.

Kesuntukan Masa

Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri, dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong pelaksanaannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, (IAB, 2008). Contohnya, masa bagi satu matapelajaran seperti Matematik adalah hanya 40 minit, ia terhad dan singkat jika guru ingin mengguna pakai ICT untuk mengajar. Ia memerlukan persediaan yang memakan masa paling kurang 5 minit sebelum dan selepas pengajaran.

Jurang Digital

Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang antara satu komuniti dengan komuniti yang lain dalam akses kepada ICT, pencapaian maklumat melalui ICT, serta memahami dan menggunakan maklumat melalui ICT, serta memahami dan menggunakan maklumat daripada ICT. Terdapat empat faktor berlakunya jurang digital, iaitu yang pertama adalah factor ekonomi. Pihak sekolah kurang berkemampuan untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT yang bermutu. Kedua, faktor geografi yang mana pihak sekolah tidak mempunyai aliran internet dan bekalan elektrik yang membolehkan mereka menggunakan kemudahan ini.

Kemahiran Mengendalikan Komputer


Tidak ramai dalam kalangan sekolah yang mengetahui cara mengakses maklumat menggunakan dengan cara dan kaedah yang betul.

Wednesday, 3 May 2017

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH

Fakta menyatakan bahawa pelajar yang mengalami masalah pembelajaran biasanya mempunyai kemahiran teknologi yang lebih baik daripada guru-guru mereka. Bagi pelajar yang kurang upaya fizikal, teknologi boleh memberi akses dengan memberi peluang kepada mereka dalam pembelajaran seperti E-pembaca dapat membantu pelajar menyelak halaman buku tanpa minta bantuan orang lain dan dapat menyuarakan perisian penyesuaian boleh membantu pelajar menjawab soalan-soalan tanpa perlu menulis.

Lebih sedekad yang lalu, perubahan positif telah berlaku bahawa guru-guru dan pelajar melihat sendiri dan penyelidikan menyokong teknologi memberi manfaat kepada bilik darjah pendidikan khas dalam pelbagai cara untuk pelajar yang mempunyai pelbagai cabaran. Terdapat banyak jenis teknologi yang digunakan dalam bilik darjah pendidikan khas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan menarik. Kepelbagaian dan penggunaan ICT selain menarik minat pelajar aliran pendidikan khas ini, kegunaan ICT ini turut penting dalam mendedahkan pelajar pendidikan kepada teknologi, ini bertujuan agar dapat mengelakkan pelajar pendidikan khas ini daripada terasing atau ketinggalan kepada penggunaan ICT. Pendedahan kepada ICT ini secara tidak langsung mampu memupuk atau membentuk minda pelajar pendidikan khas ini kepada benda yang baharu dipelajari. Selain itu, ia juga dapat membantu meringankan beban pelajar berkeperluan khas ini. Hal ini dapat dilihat melalui rekaan atau alatan canggih yang disediakan kepada golongan berkeperluan khas bagi membantu mereka dalam memudahkan aktiviti harian sama ada di dalam mahupun luar rumah.


DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN






Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mepunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan technology berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘technologia’, daripada ‘techne’ yang bermaksud “seni, kemahiran, rekaan” dan ‘- logia’ yang bermaksud “pembelajaran, kajian”. Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu. Contohnya, teknologi pembinaan, teknologi perubatan dan teknologi maklumat.

            Pendidikan pula ialah perihal mendidik (Kamus Dewan Edisi Baru, 1993). Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkataan ‘didik’ yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh.

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Selain itu, teknologi pendidikan juga bermaksud  sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru. buku teks dan papan hitam. Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru kea rah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

“Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya...