Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mepunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan technology berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘technologia’, daripada ‘techne’ yang bermaksud “seni, kemahiran, rekaan” dan ‘- logia’ yang bermaksud “pembelajaran, kajian”. Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu. Contohnya, teknologi pembinaan, teknologi perubatan dan teknologi maklumat.
Pendidikan pula ialah perihal mendidik (Kamus Dewan Edisi Baru, 1993). Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkataan ‘didik’ yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh.
Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Selain itu, teknologi pendidikan juga bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru. buku teks dan papan hitam. Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru kea rah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan.

maklumat-maklumat yang menarik
ReplyDelete