“Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan
khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa.” (Culcutta,
R.A., Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education,1999)
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid-murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan-bahan
khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
kebolehan dan keupayaan murid. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi
kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,
sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan perkembangan biasa
hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon, 1992)
Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan
menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan
serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”. (Mansor,
2005)
